Pelaksanaan Kursus Agropreneur Muda peringkat Negeri Perlis telah diadakan selama tiga hari yang bermula dari 7 sehingga 9 September 2022 di Dewan Kecemerlangan, Kampus Pauh Putra, UniMAP. Fokus utama kursus ini adalah untuk melaksanakan pemindahan ilmu berkaitan teknologi pertanian kepada golongan belia selaras dengan hasrat kerajaan untuk keterjaminan makanan negara. Kursus ini adalan anjuran INSAT dengan kerjasama FAMA negeri Perlis yang melibatkan beberapa siri kursus yang dijalankan seperti Kursus Teknikal Tanaman Komoditi Halia, Kursus Teknikal Tanaman Menggunakan Sistem IoT Fasa 1 dan Fasa 2. Peserta kursus ini seramai 50 orang terdiri daripada usahawan tani sekitar negeri Perlis.